Peristiwa Pembakaran diri Aaron Bushnell

Ramai yang tanya diri mereka, "Apa akan aku buat kalau aku hidup masa zaman hamba? Atau zaman Selatan Jim Crow? Atau aparteid? Apa pula kalau negara aku buat genosid?" Jawapannya, itu awak sedang buat. Sekarang.

Aaron Bushnell, mesej terakhirnya di Facebook.[8][9]

Bushnell menghantar mesej kepada media sebelum rancangan bakar dirinya, di mana beliau menulis "Hari ini, saya merancang untuk terlibat dalam tindakan protes ekstrem terhadap genosid rakyat Palestin."[2]

Pada 25 Februari 2024, kira-kira jam 12:58 tengah hari waktu tempatan, Bushnell mendekati kedutaan Israel di Washington, DC, dengan niat untuk membakar dirinya sebagai tindakan protes terhadap Perang Israel−Palestin 2023. Beliau juga telah mencipta akaun Twitch[2] di bawah nama "LillyAnarKitty" dengan bendera Palestin sebagai gambar profilnya dengan kapsyen "Free Palestine".[10] Semasa menyiarkan secara langsung, beliau berkata "Saya ialah anggota aktif Tentera Udara Amerika Syarikat, dan saya tidak lagi ingin bersubahat dalam genosid. Saya akan terlibat dalam tindakan protes yang ekstrem. Tetapi, kalau ingin dibanding dengan apa yang dialami orang Palestin di tangan penjajah mereka, ia taklah ekstrem pun. Inilah yang diputuskan oleh kelas pemerintah kita sebagai perkara biasa,"[11][12] sambil berjalan menuju ke kedutaan Israel.[2]

Di luar pintu pagar kedutaan, Bushnell meletakkan kameranya dan meletakkan dirinya di hadapan pintu pagar. Beliau menuangkan petrol ke atas dirinya dan berseru "Bebaskan Palestin!"[13] Seorang pegawai keselamatan mendekati Bushnell lalu bertanya sama ada beliau memerlukan bantuan, tetapi tidak diendahkan.[2]

Selepas menyalakan dirinya, Bushnell berkali-kali menjerit "Bebaskan Palestin!" tatkala terbakar sehingga rebah ke tanah.[2][3][14][15] Pegawai keselamatan menghubungi radio untuk mendapatkan bantuan. Seorang pegawai polis menghampiri tempat kejadian, mengacukan pistol ke arah Bushnell di luar kamera dan mengarahkannya untuk "turun ke tanah" beberapa kali, manakala pegawai lain menjerit "saya tidak perlukan senjata api, saya perlukan alat pemadam api".[8] Beberapa pegawai bertindak balas ke tempat kejadian dan menggunakan alat pemadam api di Bushnell. Beliau telah diangkut oleh pihak bomba DC ke hospital tempatan, di mana beliau kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaannya pada usia 25 tahun.[16]

Rujukan

WikiPedia: Pembakaran diri Aaron Bushnell https://web.archive.org/web/20240225234815/https:/... https://web.archive.org/web/20240226053631/https:/... https://web.archive.org/web/20240226081955/https:/... https://web.archive.org/web/20240226053107/https:/... https://web.archive.org/web/20240226101737/https:/... https://web.archive.org/web/20240226033225/https:/... https://web.archive.org/web/20240226001222/https:/... https://web.archive.org/web/20240226051913/https:/... https://www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://www.nytimes.com/2024/02/25/world/middleeas...